InstaME ! :D

Instagram

Monday, August 29, 2022


It's very long time since i'm not updating this blog.
Actually my post was about i'm begging for someone to come back to me.
But i realized that it'll never happen so i just deleted that post.
 
Tapi.. tiba2 aku tergerak untuk post something here,
i've found out that our engagement picture are still here.
Shit ! Sumpah sakit bila ingatkan dia. aku lupa delete gambar dia.

4 months passes...
He's already married with someone else to prove that he can live without me.

in that time,
i've been through a lot.
pain.
depression.
mentally and physically abused.
a lot bad things happened since he left.

my whole life had changed !
360 degress changed !
i need to avoid away from my surroundings.
attempted to harm myself and people. t
i can't even control myself from being sad and depressed.
lose almost 10kg.
i cant even work. my mind keep thinking what he had done to me.

referred to psychiatric just because 2 times suicidal attempt.
i've been diagnosed for MDD type II,Anxiety attack and PTSD.
been prescribed with anti depressants and sleeping pills.

its really been my tough time.
i've been transferred so many departments just because i cant work shift anymore.

even until now i didnt get my permanent replacement since i'm still under PSY treatment and on antidepressant drugs.

i just miss the old me. i just miss the cheerful me.

 i don't know what i really want to say here. i just feeling that i just want to write what had been happened to me since it's very so long i'm not updating here.
just what i can say. just pray for me for being normal life like other people. Doakan urusan ecah dimudahkan dan ecah percaya segala yang terjadi pada ecah sebagai satu pengajaran.
Mungkin Allah tahu apa yang terbaik untuk diri ini jadi Allah timpakan rasa sakit ini untuk ecah lebih kuat dan sentiasa ingatkan Dia. Segalanya pasti ada hikmah.

Buat yang telah menyakiti,
Saya doakan awak bahagia bersama pilihan dan kehidupan awak.
Saya takkan minta apa-apa lagi dari awak. 
Saya telah berjanji dengan diri saya untuk bergerak ke hadapan tanpa awak lagi.
Terima kasih atas sakit yang telah awak ajar saya.
Saya belajar walau dalam mana kita mencintai seseorang,kita takkan bersama jika kita bukan jodoh.
Maafkan saya ego dengan berkeras dengan prinsip saya untuk tidak berkongsi kasih.
Tapi saya takkan mampu menipu diri saya sendiri. Jadi kita sama-sama pergi membawa haluan masing-masing.
Cinta masa hadapan takkan mampu tandingi dengan CINTA MASA LALU.
Mungkin saya masih berdendam dengan awak. Tapi biarlah perasaan dan memori kita pudar dengan arus masa. Biarkan ia pergi dengan sendirinya. Saya telah ikhlaskan segalanya sejak awak lafazkan akad nikah awak pada si dia. Alhamdulillah saya rasa lega sangat dan akhirnya Allah betul-betul tunjuk yang saya harus pergi kejar bahagia saya ke arah lain dan bukan bersama awak lagi.

Saya serahkan segalanya apa yang awak telah buat pada saya atas urusan Allah.
Saya tak munafik saya percaya kifarah itu sentiasa ada. 
Bismillahirahmanirrahim. Saya tutupkan hati saya dari segala harapan dan memori saya bersama awak.

Cuma saya nak awak tau. Trauma ini masih ada. Mintalah pengampunan dari Allah tapi bukan pada saya. 



Thursday, June 18, 2020

REAL CHALLENGES,REAL FRIENDS . 2020





Haii korang. So long tak menulis kat sini. 
Inilah only one my personal diary yang aku ada since sekolah that i really miss and paling sayang.
Mungkin korang akan nampak aku post blog setahun sekali lah.
Kalau ada MASA PANJANG ( cth cuti panjang)
aku update lah blog ni yaa 😝

So back to our topic.
As korang tau kan this year is the most hectic year for ours in medical line.
PALING PENAT !
PALING BANYAK NANGIS !
PALING BANYAK DRAMA !

MAY 2019

Masa ni hehari happy je pergi kerja. Masih suci belum kena marah,belum buat salah and semua willing nak ajar and tolong mengenangkan aku still Junior.
Masa ni belum incharge patient lagi. So macam belum tau the real challenges being a staff nurse.

actually,aku still taktahu kenapa aku pilih jadi staff nurse.
my journey still far. but so many things i've been through.
biasalah kat mana2 pun,kau keje mana sekali pun.
kau akan jumpa yang jenis berkira,mengungkit,suka marah2,suka cari salah orang,kaki kondem and so on.
Banyak sangat dah aku jumpa and aku hadap.😟

Well,aku pun sedar diri ni sangatlah tak sempurna.
aku mengaku aku terlalu banyak buat salah and silap. aku cuba baiki tapi ada sesetengah orang yang anggap aku akan buat kesalahan yang sama.
apa aku boleh buat cuma diam sediamnya and teruskan hidup aku.

aku cuma boleh ucap terima kasih pada kawan and senior yang masih boleh terima aku even aku dah buat banyak sangat kesilapan and terus nasihat aku untuk ubah ke arah yang lebih baik.
kepada yang berdendam dan tak berpuas hati ngan aku.
aku mintak maaf kalau aku dah sakitkan hati kau dan tak mampu puaskan hati kau.
aku janji aku takkan berurusan atau mintak tolong dengan kau. 😣

JUNE 2020


i will try my best to change myself.
hope everyone can accept this clumsy girl.
doakan diri ni murah rezeki,berjaya in karier and akhirat,
always being happy .💓💖  




Monday, December 31, 2018

A Year has been gone. Mana Sinarnya ?



Heyyo gaiss. Makk aihh lamanyaa sis tak hapdet blog nii.
Tiuptiup habuk sikit. fuhhfuhh. 😝

Lama siak tak update blog ni sejak bertukar-tukar kerjaya dalam masa
setahun ni.
Okaylah kita rangkum balik laa citer aku setahun ni.
Post ni maybe panjang sikit. Banyak dengan gambar mungkin sebab tak pasti rajin tak nak taip pepanjang ni. Huhu.😀

JANUARY 2018

Pemotong kain kat Jakel Bandar Baru Uda JB.
Tak pernah expect aku keje situ as pemotong kain langsir.
At least belajar lah jugak cane nak potong kain,nak kira meter langsir,formula2 langsir semua.
I've had a veryy nice experience here even tak expect kerja situ sampai 6 bulan kat situ.
Jumpa kawan2,mak2 angkat yang sebenarnya semua baik2.
Jenuh kejar sales a month 10k- 30k. It's not an easy job sis. Hmm rindu sebenarnya nak potong kain balik. But i really need to polish my nursing skills takuttakut lupa semua menangis aku time posting nanti.

OGOS 2018


Junior Staff Nurse,Kempas Medical Center JB.
Huwaaa ini paling rindu. Aku sangatsangat bersyukur dapat masuk balik nursing based.
Kat sini aku belajar balik basic2 nursing after almost 8 months tinggalkan nursing skills.
kat sini aku belajar stressnya macam mana stress handle patient,passing over report, run ubat iv sorangsorang,kena marah ngn sister kawkaw. Baru aku faham jadi STAFF NURSE ni bukan senang sebab sebelum ni aku cuma STUDENT NURSE and mostly semua masalah akan patah balik kat staff. Bila kau dah jadi staff,kau kena hadap sendiri semua salah kau.


Tapi aku bersyukur aku dapat seniorsenior yang banyak ajar aku amik pengalaman kerja yang seriously best and berguna utk aku guna time posting nanti. Serious of course akan paling rindu pengalaman kat sini.



OKTOBER 2018
Hari Konvokesyen ILKKM 2018
At least i have something that happens once in my life. Alhamdulillah selepas 3 tahun aku bertungkus lumus menghabiskan Diploma dengan jayanya. Dapat jugak Mama ngn ayah tengok aku naik pentas amik diploma even scroll kosong je 😅
My efforts had been paid off finally.
Redah jalan jammed 1st day tu dengan Sab,hafa and Marzuq bebetul menguji kesabaran. Lastlast tak dapat pun stop depan pintu aku jalan almost 2km semata-mata nak amik jubah je masa tu. Tapi Alhamdulillah masa sidang aku,family aku sampai awal and tak redah jalan jammed. Semua berjalan lancar even tunggu berabad lah jugak dalam dewan tu.

Rasa tu je kot yang aku boleh citer sepanjang apa yang jadi dalam hidup aku untuk 2018 ni. Harapnya ada sinar baru untuk tahun 2019,dipercepatkan posting untuk kami JP JAN 2015 dan aku boleh capai target 2018 yang lama tertangguh sebab tak dapat posting lagi. So maybe kita jumpa kat post taun depan pulak haha. So that's it i guess. Hope this 2019 will be a year of miracles for everyone around me.😍

Have a nice day. 😉😊💗

Wednesday, September 2, 2015

SEMESTER 2 ! Green Pip ! :)


Assalamualaikum penghuni BLOGGER !
Wahhhh ! Lama gilaa tak update.
Nampok gayonyee lepastu satu sem satu post jelah mampu
yang saya update disini.. Almaklumlah sangatlah busy sejak menjadi warga
KOLEJ KEJURURAWATAN KUANTAN ni kann.

Mana taknya busy dengan study,Praktikal,kena marah ngan staff nurse klinikal
*Hahaha ! perlu ke sebut ?*
Lepas cuti mid sem aku akan busy dengan EXAM,OSCE,CROSS yang banyak
nak mampus. Haihhh cepatlahhh habis sem 2.
Sem 2 ni betulbetul mengajar erti kesabaran.
Macam2 dugaan kami hadapi Sem 2 nii.
*SERIOUSLY..MENGUJI KESABARAN*
Bukan kami je yang hadap,Penyelaras kami pun sama.
Dengan subjek yang semakin lama semakin tough.
prosedur yang makin lama makin mencabar.
Allah je tahu macam mana struggle nya kami sem ni.
*struggle lah sangat kan*

Seriously Semester 2 ni takboleh main2 macam sem lepas kalau taknak ulang pointer
yang macam HAREYY macam sem lepas.
Koramg mesti tertanya-tamya kan pointer aku sem lepas berapa kan?
Biarlah ia menjadi rahsia even parents aku pun tak tahu result aku sebab result aku tak
samapai rumah. HAHAHAH !
Teruk benor mu ni Esyah ! :p

Sem 2 ni jugak kita dapat kenal setiap kawan2 kita yang sebenar.
Akhirnya kita dapat tengok perangai sebenar sorang2 individu tu sendiri.
aku tak cakap aku belah sesiapa sebab aku kawan je ngan semua orang
tapi terpulanglah kat semua orang nak kawan ngn aku ke tak. 
Entahlah. aku tak suka nak ulas sangat pasal hal ni sebab masing2 ada
pendirian and personaliti tersendiri.
Umur pun berbeza. Pemikiran pun lain.
Aku pun bukan betul sangat. 
Siapalah aku yang baru 19 tahun nak ulas panjang lebar kan.
Masing2 dah besar dah matang kan.
Sukahati lah labu. Huhu

APA YANG PENTING !
Matlamat aku sem ni nak tingkatkan pointer aku and taknak ulang lagi
perangai masa sem 1 dulu.
InsyaAllah aku cuba berubah sikit-sikit and
lebih kuat untuk hadap lagi 2 tahun kat Kuantan ni.
Doakan aku kuat and tabah kat sini and
keluar jadi Staff Nurse yang berjaya & berdedikasi.
INSYAALLAH ! :)

NEXT MISION !
Blue Pip di bahu.
Doakan ye ? ^_^

Amboi Aisyah !
Lepas geram betul upadte blog ni.
Okaylah tu je kot.
Jumpa lagi time cuti final nanti okay ?
Kbaii ! Assalamualaikum ! :D

Sunday, March 8, 2015

A Short note for DIA.

 
heyy.. we meet again.
aku dedikasikan post ini untuk DIA.

Alhamdulillah. akhirnya kau jumpa seseorang yang
ikhlas memahami dan menyayangi kau.
walaupun hati ni amat berat untuk melepaskan..
aku bersyukur kau memilih dia kerana HATINYA bukan seperti 
masa silam kau yang dahulu.

tapi.. aku tumpang gembira bila tahu kau dah bahagia.
mungkin aku susah untuk melupakan kau kerana kau yang pertama
pernah berada didalam hati aku.
aku harap kau dapat cita-cita kau tercapai bersama si dia yang kau cintai.

AKU ?
Sebenarnya aku juga ada orang yang aku sayangi sekarang.
Dia sentiasa ada bila aku gembira dan bila aku sedih.
Bila aku dengan Dia,
walaupun kami selalu bertengkar,dia sabar atas segala perangai aku.
dia terima aku seadanya, dia berusaha untuk aku.
Dan aku berharap dia merupakan terbaik untuk aku.
aku hanya berserah kepada Allah jika benar dia untuk aku.
Jika tidak,aku hanya mampu mengharap kepada DIA supaya Tuhan 
berikan yang terbaik untuk aku.

so,that's it.
Assalamualaikum.

New PLACE AGAIN !

 
Anyeong haseyoo ~
hello dear readers. setelah hampir setahun aku menyepi.
so how are you guys ?
sihat ? study macam mana ?

So on JANUARY 2015.
I'm officially registered as 
Student Nurse at
KOLEJ KEJURURAWATAN KUANTAN. 

Yeayyy ! 
Akhirnya impian aku tercapai walaupun aku ni bukannya minat sangat jadi nurse pon.
tapi at least there's an improvement from a private student nurse to
a goverment student nurse.
 masa interview tu,ayah bukan main semangat jemput aku dari hostel KPJ SEREMBAN balik
ke Johor Bahru.
Nampak my parents eager sangat nak aku masuk goverment.
tapi bila dah hadap interview,hati ni jadi tak berapa yakin nak dapat masuk
sebab aku sedar bukan calang2 yang dapat masuk ni.

10 DECEMBER 2014.
Dapatlah surat tawaran and aku dihantar ke Kuantan,Pahang.
well.. dulu aku dapat Politeknik Muadzam Shah kot.
memang nasib aku dapat ke Pahang jelah.


So,12 JANUARY 2015.
1st Day at Kuantan.
keluar awal bukan main dari hotel. 
lepastu boleh pulak sesat cari hospital.
padahal dekat je pun.
last2 tanya makcik guard.
dia kata dekat ngn bangunan pink.
so kami pun parking betul2 dekat bangunan pink tu. 
tapi time tu still rasa tak yakin,so aku pon ikutlah ada 
satu family tu hantar anak dia ke kolej tu jugak. 
baru aku betapa jauhnya kami parking.
HAHAHA !

Aku rasa kelam kabut gila time tu sebab dokumen berapa banyak tak lengkap.
Ahhh sudahh..
aku naik turun sampai ayah pun naik bengang gila ngan aku.
Last2,aku tekad naik jee kelas tu untuk daftar.
lengkap ke tak lantak ahh.
Then,dalam pada aku serabut tetibaa....
AKU JATUH !
Kalau jatuh takpe gak,boleh bangun.
lepastu cramp pulak, agak bengang disitu.
then,on that time i saw my new lecturer.
Puan  Ashlija. 
aku ingat dia apa dia pesan time tu,
dia kata kalau cramp bengkokkan je kaki..
so adalah akak2 tolong bengkokkan kaki aku and aku terus daftar.

dari check sijil ke pendaftaran pelajar ke insurans and
last sekali hostel.

kat kaunter hostel tu aku musykil gila tgok ada pulak yang pakai baju pink.
then dia kata aku boleh gi asrama.
so,call lahh mama boleh angkat barang gi hostel.
ayah dokk complain aku ni nak lari rumah ke apa.
aku tersengih mcm kerang busuk. heee ~

jumpalah ngan roommate aku,Kak Atiqah.
dia sem 4.
dalam bilik aku campur sem 2,sem 4 and sem 6.
kira aku ni melengkapkan lah satu bilik 4 orang.

Orientasi..
Banyak sangat aktiviti.
Jenuhh aku nak citer satu2.
terus jelah ke Majlis penutup.
Aku berlakon jadi kuat menganjing. 
*kalau tak berlakon pun,dah tu perangai aku*
so,Pengarah pujilah persembahan kami.
padahal performance aku rasa bodoh,tapi agak menghiburkan lah.

oraiiteee. tu jee nak citerr.
nanti panjang lebar aku citerlah. 
salam perantauan dari saya di negeri TOK GAJAH ini.
till we meet again.
Assalamualaikum. 





Monday, October 13, 2014

New Place. New Friends. New Environment. KPJ Healthcare University College. :')



Anyeong haseyooo ~
 wahhhh ! dah lama tak melangkah ke sini.
busyy sangat gamaknyaa ? 
Hahaha. kalau lahh kolej KPJ ni ada wifi free kat hostel,
tetiap hari aku update blog ni aku rasa. Tapiii....
serious. memang masuk sini busy.
minggu orientasi tu biasalah kena torture lah kena marahh lahh..

LAME STORIES !
  okaylahh.. sejak duduk sini selama 3 BULAN lebih ni.
baru aku faham macam mana situasi sebenarnya dah masuk University ni.
kat sini mana boleh nak study mainmain macam zaman SPM dulu.
*elehh.. sebab aku main2 lahh..aku kecewa mcm sekarang*

NURSING...
well. aku tak pernah jangka aku akan sambung belajar as A MEDICAL STUDENT.
padahal zaman sekolah dulu aku tolak mentah2 kelas sains tulen.
bila masuk sini,tercungap-cungap nak belajar balik Biology,Fizik ngan Kimia tu.
ingat masuk nursing dah takk jumpa dahh FIZIK.
rupanyaaa meleset. tengoklah sem depan eaa Aisyah ?
 So far belajar kat sini okay lah. Lecturer semua okayokay walaupun ada je yang
KAKI PSYCHO student.
alahhhh. sama je macam kat sekolah. 
tipulah takde cikgu tak psycho kau kan ? HAHAHA !

ENVIRONMENT...
 so..... nilah rupa kolej aku dari atas kott..
Hahaha. aku dah tak ingat aku amik gambar ni kat mana.

so,tempat ni macam mana eakk ?
alahhh..aku rasa lebih kurang je macam tempat lain.
and aku rasa tak secanggih kampus korang.
tapi selesa lah boleh katakan.
*bersyukur.*
kiteorang selalu kelas kat auditorium betul2 sebelah Kafe.
Hahahaha. agak2 lapar zoom terus ke kafe, hehe
tapi pengurusan kat sini agak tunggang langgang.
and semua benda agak last minute.
*aku memang suka benda last minute kan?*

hostel pulak.
bolehlah daripada takde,
almaklumlah hostel baru..
banyak jugak benda tak lengkap lagi.
tapi aku still boleh tidur lah kat situ.
bersyukur lahh.

Kawan-kawan and classmates.
Alhamdulillah, walaupun pada mulanya agak dingin.
But now okay lah..
dari group skill lab,Reflective Diary,presentation and whole group lah.








smart kann aku pakai uniform ?
*pleasingg jap.*
Hahhaha,
okayyy.. 129 orang semua kawan aku.
aku tak pernah lebihkan atau kurangkan sesiapa.
aku gila2 ngan semua orang.
 haihhh...
lepasni confirm rinduu nak belajar reramai.
GOOD LUCK KORANG FOR YOUR POSTING.
Kumpul cross bebanyakk okayy ?
Chaiyokkk ! :D

KPJ SEREMBAN..
Here I Come !
 i'll come on 25th October.
So be ready ! :)

so,aku rasa tu je kot.
nanti bila2 aku post lagi kat sini okay.
till we meet again.
papaiii ! :D